PENGENALAN


UNIT PENGAKAP MUDA adalah salah satu daripada beberapa unit dalam persaudaraan Pengakap yang lain iaitu Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, dan Pengakap Kelana. Unit ini ialah bagi remaja yang berumur dari 12 hingga 15 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Muda telah dinyatakan di dalam Perkara 244; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
    1. Untuk menjadi seorang Pengakap Muda seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun, tetapi belum sampai umur 16 tahun.
    2. Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia samapi ke peringkat ini dalam kepengakapannya, satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umurnya yang telah meningkat itu.
    3. Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan pasukannya apabila sampai umur 16 tahun.
Seseorang remaja itu boleh manjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap Kanak-Kanak ATAU sebagai seorang ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan telah mendapat Lencana Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu.

Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif dalam Pergerakan Pengakap bagi menggalakkan dan memperbaiki lagi kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-ahlinya. 

Unit ini dibahagikan kepada beberapa patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Patrol di bawah pimpinan seorang Ketua Kumpulan Pengakap Muda dan  dibimbing oleh seorang lelaki atau wanita dewasa yang dipanggil Pemimpin Pengakap Muda.

Cogan Kata bagi unit Pengakap Muda ialah SELALU BERSEDIA.
Langkah Ke Anugerah Pengakap Raja

Tatacara Pemakaian Uniform Pengakap Muda


Lengan Baju Sebelah Kanan


Lengan Baju Sebelah Kiri

Tatacara Pemakaian Uniform Pengakap (Lelaki)

Tatacara Pemakaian Uniform Pengakap (Perempuan)

Tanda / Lencana Pangkat Pengakap
Tanda / Lencana Patrol Pengakap (Warna - PKK, Nama Burung - PM, Nama Pahlawan - PR)

SETERUSNYA