ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Untuk melayakkan diri menerima Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, seseorang Pengakap mestilah telah memegang LENCANA JAYA selama 3 BULAN dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi.

Pesuruhjaya Daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap itu layak.

Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda sebelum Anugerah Pengakap Raja. 

Wisel dipasang pada Rambu sekiranya penerima Anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.

KEMBALI      SETERUSNYA